Sabtu, 15 Maret 2008

7 Langkah Mudah Menulis Blog Setiap Hari

Kini anda sudah pun mempunyai blog dot com anda sendiri.Tinggal lagi kadang-kadang tu idea untuk menulis pula menjadi halangan besar."Kenapa idea tak muncul-muncul lagi ni..tolong lah aku"
Jangan berhenti membuat post pada blog anda kerana pelawat blog sentiasa dahagakan post yang terkini jika anda memiliki topik yang hebat.

Bacalah 7 langkah mudah bagaimana anda hendak membuat post berkualiti setiap hari di bawah ini;

Nota:Apa yang perlu anda miliki.
1.Blog.Miliki blog dot com anda sendiri dahulu lebih-lebih lagi blog yang menggunakan WordPress.
2.Buku nota atau Buku Jurnal
3.Semangat atau Motivasi untuk menulis.

7 Langkah Menulis Blog.

1.Catitkan.Bawalah buku nota atau jurnal bersama-sama anda.Jika terlintas difikiran, terus buat catitan!Apa saja yang terlintas tolonglah catitkan.Satu hari nanti anda pasti akan menggunakannya walaupun yang anda fikirkan itu tidak ada kaitan dengan blog anda.Mudah bukan.Baiklah langkah seterusnya..

2.Tambah Maklumat.tambahkan maklumat pada apa yang anda catitkan di nota anda itu.Contohnya begini. Nota 1:'tulis artikel mengenai kesihatan'Itu adalah idea permulaan yang terlintas difikiran.Kemudian anda menambah Nota 1/1'artikel kesihatan mengenai Kanser Prostat' Di tambah lagi menjadi Nota 1/2 'Kanser Prostat di Malaysia' Ditambah lagi Nota 1/3'Kanser Prostat pada lelaki Muda',begitulah seterusnya..sehingga anda tidak ada lagi idea untuk topik tersebut.

3.Lakukan Kepada Idea-idea/Topik Yang Lain.

4.Di hari terakhir anda atau bilamana anda sudah bersedia untuk membuat post,fikirkan apakah yang paling anda suka bercerita daripada senarai catitan pada nota tersebut bermula dari perihal angkasawan pertama Malaysia sehinggalah kepada masalah pengemis di bandaraya Kuala Lumpur.Pilihlah mengikut kesukaan anda.

5.Cari Sudut.Katakan blog anda mengenai Penulisan Di Blog.Baiklah.. dari senarai nota anda itu ada maklumat tentang angkasawan pertama Malaysia.Anda ceritakan sedikit tentang pengalaman Sheikh Muzafar ketika berlatih di Russia sebelum berlepas ke angkasa dan beliau kemudian nya mencatitkan pengalaman beliau diblog sendiri.Kemudian ajukan satu perasaan supaya mereka akan cuba mengikut perangai angkasawan tersebut dengan mempelajari bagaimana hendak membuat penulisan di blog.

6.Tentukan Bila Anda Harus Menulis.
Jadikan kerja membuat artikel satu kerja yang wajib (profesional).Jika anda menjadikan tabiat menulis artikel selepas mandi katakan, atau ketika sedang bersarapan diwaktu pagi sambil menulis menghadap matahari pagi, ia akan menjadi mudah selepas itu.

7.Rancang KeDepan
Jika anda sering menulis nota setiap hari, andaikata pada hari anda sangat sibuk,atau terlupa membawa nota, sekurang-kurangnya anda sudahpun mempunyai banyak topik yang boleh ditulis.Maka teruskan menulis pada idea-idea tersebut.Anda sebenarnya merancang diri anda ke depan.

Tidak ada komentar: